Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Sambal Belacan Goreng

        Sumber                                          AHAN-BAHAN: 3 biji cili merah 10 biji cili padi (ikut pedas) 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 biji tomato Sedikit belacan Air asam jawa Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAK : 1.  Kisar semua bahan dan panaskan minyak dalam kuali. 2.  Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing. 3.   Masukkan air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Kalau suka, biar sedikit garing.

Resipi Sambal Goreng

Resipi Sambal Goreng Sumber BAHAN-BAHAN: 2 biji bawang besar saiz sederhana 6 biji cili hijau 4 biji cili merah Sedikit cili padi merah | jika mahu lebih pedas Sedikit ikan bilis I Sedikit belacan Asam jawa secukupnya Garam dan gula secukup rasa 1 senduk minyak masak secukupnya *Semua bahan-bahan (kecuali asam jawa, garam, gula dan minyak) dikisar kering. CARA MEMASAK: Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar kering tadi hingga garing. Kemudian masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kemudian masukkan sedikit hirisan bawang. Gaul rata dan padamkan api. Jika minyak terlalu banyak, boleh buang sedikit mengikut citarasa anda. Sedia untuk dinikmati. Kredit resipi & gambar:  Lyana Hisham